Ini adalah sistem traffic light yang boleh di control oleh pihak yang tertentu atas tujuan kebaikan dan keselamatan. Contoh pihak yang tertentu adalah polis, ambulan dan bomba bagi tujuan menyelamat atau keselamatan.
Projek ini menggunakan 2 PIC iaitu PIC16F876A sebagai litar transmitter dan PIC16F877A sebagai litar yang control 4 traffic light ( traffic light di simpang empat sebagai contoh ). PIC yang lain juga boleh digunakan dan minimum coding yang perlu di ubah.
Cara sistem berfungsi adalah seperti berikut:
Litar transmiter akan berada di dalam ambulan (sebagai contoh) dan pemandu akan menekan button 1 untuk menjadikan lampu hijau di traffic light 1 menyala ( jika pada masa sekarang lampu merah menyala di traffic light 1).
Litar receiver yang berada di traffic light akan mengawal 4 traffic light tersebut. Bila litar receiver ini menerima isyarat 1 dari litar transmitter, maka litar receiver akan menyalakan lampu hijau di traffic light 1 dan menyalakan lampu merah di traffic light yang selainnya. Begitu juga jika menerima isyarat 2, maka traffic light2 akan menyalakan lampu hijau dan traffic yang lain akan menyalakan lampu merah.
Bila
ambulan telah melepasi traffic light, maka pemandu akan menekan button 5 di litar transmitter
untuk kembalikan keadaan traffic light kepada normal / keadaan sebelum
itu.
Disertakan video sebagai contoh simulation.
Sebarang pertanyaan, sila email kepada allpicproject@gmail.com.
Terima kasih atas lawatan ke blog ini.
Sebarang pertanyaan, sila email kepada allpicproject@gmail.com.
Terima kasih atas lawatan ke blog ini.